JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

PEPERIKSAAN KHAS (KEMAHIRAN)

PEMBANTU VETERINAR UNTUK KENAIKAN

PANGKAT SECARA LANTIKAN DARI

SKIM C03 KE B07

DI INSTITIUT HAIWAN, KLUANG, JOHOR

 

Tarikh              :     30 hb Mei 1985

 

Masa                :     8.30 pagi – 12.30 tengahari

 

Arahan             :     JAWAB ENAM (6) SOALAN SAHAJA IAITU 3 SOALAN DARI

                              SEKSYEN A DAN 3 SOALAN DARI SEKSYEN B

 

PENILAIAN MARKAH ADALAH SAMA UNTUK TIAP-TIAP SOALAN

 

 

 

 

SEKSYEN A

 

  1. Berikan tanda-tanda klinikal dan ‘post-mortem’ penyakit lidah biru (Blue Tongue).  Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengawal dan mencegah penyakit tersebut dari merebak.

 

 

  1. Rangkakan satu cara bagaimana anda akan menjalankan penyiasatan penyakit di kalangan penternak-penternak ayam yang menghadapi masalah kematian dan jangkitan.

 

 

  1. Bincangkan pandangan anda di atas taraf piawaan kebersihan dalam pengendalian daging dari Rumah Sembelih ke pengguna-pengguna.

 

      Berikan cadangan-cadangan anda untuk menningkatkan taraf kebersihan ini.

 

 

  1. a.  Namakan lima (5) jenis penyakit haiwan kesanyangan / timangan (pet animals)

           yang boleh berjangkit kepada manusia (zoonotik).

 

      b.  Nyatakan contoh-contoh (samples) yang perlu diambil untuk dimajukan ke

           pihak makmal bagi menghasilkan diagnosis penyakit-penyakit tersebut.

     

c.  Terangkan langkah-langkah kawalan yang perlu diambil untuk satu jenis

           penyakit yang anda namakan itu.

SEKSYEN B

 

  1. Nyatakan matlamat program bebiri Jabatan

 

Nyatakan juga strategi Jabatan di dalam program ini serta terangkan bagaimana strategi itu dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.

 

 

  1. Dalam jangkamasa 30 tahun yang lalu, industri ayam pedaging telah berubah dari sistem pemeliharaan kecil-kecilan (backyard) kepada satu sistem komersial yang efisyen sekarang ini

 

Sila sebutkan faktor-faktor yang membolehkan perubahan ini berlaku.

 

 

  1. a.    Senaraikan petunjuk-petunjuk utama yang boleh digunakan untuk mengukur

             prestasi pembiakan sekumpulan lembu-lembu tenusu.

 

b.      Bincangkan cara-cara untuk meningkatkan dan mengekalkan prestasi

      pembiakan sekumpulan lembu tenusu di tahap optimum.

 

 

  1. Kerajaan Malaysia dan juga Jabatan Perkhidmatan Haiwan melancarkan Dasar-dasar tertentu dari masa ke semasa.

 

Sila terangkan apa anda akan faham dengan Dasar-dasar ini serta tujuannya.

 

PILIH EMPAT (4) SAHAJA

 

    1. Dasar Ekonomi Baru

 

    1. Pengswastaan

 

    1. Pensyarikatan Malaysia

 

    1. Kepimpinan Malalui Teladan

 

    1. Bersih, Cekap, Amanah

 

    1. Dasar Pertanian Negara

 

    1. Perkhidmatan Luar Cemerlang :-  Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

 

 

 

 

PEPERIKSAAN KHAS UNTUK KENAIKAN PANGKAT

 

DARI SKIM C03 KEPADA SKIM B07

 

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

24 JULAI 1990 – 27 JULAI 1990

 

 

 

 

 

BAHAGIAN II – TEORI JABATAN

 

 

 

 

 

                                    TARIKH          :     24 JULAI 1990

                                    MASA             :     9.00 PG – 12.00 TH

                                    TEMPAT         :     INSTITUT HAIWAN KLUANG

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

 

 

 

 

                        ARAHAN

 

                                                JAWAB 6 SOALAN SAHAJA

                                                3 DARI SEKSYEN A

                                                3 DARI SEKSYEN B

 

 

 

 

 

Di sediakan oleh:

 

Ibu Pejabat,

Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Malaysia

KUALA LUMPUR

SEKSYEN A :         Jawab tiga (3) soalan sahaja

 

 

1.  Seekor kambing telah di hantar untuk autopsy enam (6) jam selepas kematiannya.  Ia

     mati setelah mengidap penyakit kronik yang lama.  Pemeriksaan luar menunjukkan

     kekurusan, anaemia, dan edema di bawah dagu dan perut.  Pemeriksaan dalam

     menunjukkan atrofi serus (serous atrophy), edema dan hemoraj petekia (petechial

     haemorrhage) dalam abomasum dan usus.

 

     Bincangkan kes ini mengikut tajuk tajuk berikut :-

 

  1. Perubahan post mortem yang di jangka berlaku

 

  1. Kepentingan atrofi serus

 

  1. Kemungkinan sebab-sebab keadaan penyakit ini ;

 

dan

 

  1. Rawatan-rawatan yang boleh diberi untuk menyelamatkan kambing ini sebelum berlaku kematian.

 

 

2.  Seekor anjing yang dilanggar oleh kereta, telah di bawa ke klinik veterinar dan disyaki

     satu tulang kaki belakangnya telah patah.  Bincangkan kes ini dengan merujukkan

     kepada tajuk-tajuk berikut :-

 

  1. Senaraikan tanda-tanda klinikal yang boleh dilihat pada anjing ini kerana patah kaki ;

 

  1. Sebutkan satu langkah yang perlu untuk mengesahkan diagnosis patah kaki ;

 

dan

 

  1. Huraikan dengan ringkas pembedahan yang boleh dilakukan dan sebutkan jenis anesthesia yang sesuai untuk pembedahan ini.

 

 

3.  Berasaskan kepada epidemiologi penyakit kuku dan mulut, huraikan bagaimana

     langkah kawalan dan pembasmian dapat di laksanakan dengan secara berkesan.

 

4.  Satu daripada ujian yang berkesan setelah ternakan disembelih ialah untuk

     menghantar contoh daging ke Makmal Kesihatan Awam Veterinar.  Berikan ujian

     -ujian yang biasanya dijalankan ke atas contoh daging tersebut.

 

     Namakan jenis residur yang boleh mencemarkan pelbagai jenis daging.

SEKSYEN B :          Jawab tiga (3) soalan sahaja

 

 

 

5.  Apakah penerangan dan nasihat yang akan anda beri untuk membantu seorang

     penternak merancangkan penubuhan sebuah lading bebiri sebanyak 1,000 ekor dalam

     kawasan ladang getah.

 

 

6.  Seorang penternak ayamitik komersial telah melaporkan bahawa sekelompok ayam

     penelur komersial di ladangnya di dapati lewat mula bertelur (pada umur 28 minggu).

     Apakah faktor-faktor pengurusan yang boleh membawa kepada masalah ini, dan

     bagaimana mengatasinya ?

 

 

7.  (i)    Semua ternakan akan menunjukkan berahi pada edaran yang tepat mengikut

             spesis masing-masing.  Terangkan dengan jelas fasa-fasa (phases) edaran berahi

             lembu tenusu, perubahan fizikal dan tanda-tanda berahi ;

 

     (ii)   Berpandukan kepada gambarajah, tunjukkan saluran hormon (hormonal

             pathways) yang terlibat dalam edaran berahi ini ;

 

     (iii)  Huraikan kaedah yang boleh digunakan untuk mengesan berahi ;

           

             dan

 

     (iv)  Bincangkan cara-cara untuk meninggikan prestasi pengesanan berahi.

 

 

 

8. Berpandukan Dasar Pertanian Negara (1984), bincangkan strategi dan program

    -program Jabatan Perkhidmatan Haiwan mengenai pembangunan sector ternakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

 

 

PEPERIKSAAN KHAS PEMBANTU VETERINAR ( G8 / G7 )

UNTUK KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN KE

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G6

 

 

 

 

KERTAS TEORI

 

 

 

 

TARIKH                                  :           18 SEPTEMBER 1993

 

MASA                                     :           9.00 PAGI – 12.00 TGH         ( 3 JAM )

 

PUSAT PEPERIKSAAN        :           INTITIUT HAIWAN

                                                            KLUANG, JOHOR

 

 

 

 

ARAHAN

 

 

 

JAWAB ENAM (6) SOALAN SAHAJA SEPERTI BERIKUT :

 

 

TIGA (3) SOALAN DARI SEKSYEN A

 

TIGA (3) SOALAN DARI SEKSYEN B

 

 

 

 

SETIAP JAWAPAN HENDAKLAH DI JAWAB DALAM

KERTAS BERASINGAN

 

SEKSYEN A

 

( Jawab Tiga (3) Soalan Sahaja Dari Seksyen Ini )

 

 

Soalan 1

 

 

Sebuah lading mengalami kematian ternakan lembu secara mendadak dalam keadaan cuaca tidak menentu.  Anak-anak lembu pula mengalami cirit-cirit, perut buncit, bulu badan kasar.

 

  1. Nyatakan penyakit-penyakit yang disyaki

 

  1. Jelaskan tatacara kerja untuk mengesahkan penyakit tersebut

 

  1. Nyatakan perkhidmatan veterinar yang di cadangkan

 

 

Soalan 2

 

Penyelia sebuah taman haiwan melaporkan seekor rusa (35 kg) beranak, anak sihat tetapi mengalami prolaps uterus.  Rusa agak liar.  Apakah tindakan anda dari segi persiapan alat, ubat-ubatan dan rawatan selanjutnya.

 

 

Soalan 3

 

 

Apakah faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam pengwujudan sesebuah kawasan imun (immune belt).  Bincangkan keberkesanan kawasan imun bagi penyakit rabies.

 

 

Soalan 4

 

 

a)      Pemeriksaan sebelum dan sesudah sembelih di laksanakan di rumah-rumah sembelih.  Bincangkan pemeriksaan-pemeriksaan utama sebelum dan sesudah sembelih yang perlu dilakukan.

 

b)      Selain dari pemeriksaan (a) diatas, apakah tindakan-tindakan lain yang perlu diambil untuk memastikan karkas yang dihasilkan dari rumah sembelih sihat dan segar serta selamat untuk makanan manusia.

 

 

 

SEKSYEN B

 

( Jawab Tiga (3) Soalan Sahaja Dari Seksyen Ini )

 

 

Soalan 5

 

 

Pengeluaran ternakan ruminan di negara ini dilakukan melalui beberapa sistem penternakan seperti fidlot, integrasi dengan tanaman kekal dan sistem perladangan menggunakan pastura bermutu.

 

 

a)      Huraikan faktor-faktor yang perlu diambilkira bagi menentukan kejayaan penternakan melalui sistem integrasi dengan tanaman kekal.

 

b)      Bincangkan faktor-faktor utama yang mempengaruhi kos pengeluaran lembu fidlot.

 

c)      Huraikan langkah-langkah persediaan dan pengurusan anak yang baru lahir dalam sistem perladangan.

 

 

 

Soalan 6

 

 

Anda adalah seorang penternak ayam daging.  Pada minggu akan datang anda akan memperinduk 1,000 ekor anak ayam daging didalam reban yang sudah dibersihkan.  Reban anda tidak ada bekalan elektrik.

 

 

a)      Senaraikan alat-alat kelengkapan, ukuran atau saiznya, serta bilangan alat kelengkapan berkenaan yang perlu disiapkan untuk menerima anak ayam tersebut.

 

b)      Lukiskan satu rajah untuk menunjukkan susunan alat- alat kelengkapan yang disediakan.

 

c)      Pada masa perindukan, haba adalah salah satu faktor penting.  Bagaimanakah seseorang penternak boleh mengetahui samaada keadaan haba pada sesuatu masa itu sesuai ?  Lukiskan rajah untuk menunjukkan pertaburan anak-anak ayam mengikut keadaan suhu.

 

 

 

 

Soalan 7

 

 

Beberapa faktor perlu dipertimbangkan dalam pemilihan jenis-jenis pastura untuk ditanam disesebuah ladang ternakan.  Huraikan faktor-faktor berkenaan.

 

 

 

Soalan 8

 

 

 

  1. Antara strategi utama Dasar Pertanian Negara 1992 – 2010 ialah berkaitan dengan penggunaan sumber secara optimum.  Bincangkan bagaimana strategi ini dapat digunakan dalam pembangunan ruminan di Malaysia.

 

 

  1. Terangkan perkara-perkara berikut :

 

                                 i.            Program Pembangunan Veterinar bersepadu yang sedang digalakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

 

                              ii.            Perkhidmatan yang proaktif lebih berkesan dari yang reaktif.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

 

PEPERIKSAAN KHAS PEMBANTU VETERINAR ( G8 / G7 )

UNTUK KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN KE

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G6

 

 

 

KERTAS TEORI

 

 

 

TARIKH                                  :           11 JULAI 1994

 

MASA                                     :           9.00 PAGI – 12.00 TGH         ( 3 JAM )

 

PUSAT PEPERIKSAAN        :           INTITIUT HAIWAN

                                                            KLUANG, JOHOR

 

 

 

ARAHAN

 

 

JAWAB ENAM (6) SOALAN SAHAJA SEPERTI BERIKUT :

 

 

TIGA (3) SOALAN DARI SEKSYEN A

 

TIGA (3) SOALAN DARI SEKSYEN B

 

 

 

 

SETIAP JAWAPAN HENDAKLAH DI TULIS DI ATAS

KERTAS BERASINGAN

 

 

 

 

 

( Kertas soalan ini mengandungi empat (4) mukasurat

bercetak termasuk mukasurat ini )

SEKSYEN A

 

( Jawab Tiga ( 3 ) Soalan Sahaja Dari Seksyen Ini )

 

 

Soalan 1

 

 

Anda mengesyaki penyakit kuku dan mulut telah menjangkiti sekumpulan 30 ekor lembu Kedah Kelantan yang dipelihara secara lepas liar di sebuah kampung pendalaman.

 

 

a)      Apakah tanda-tanda klinikal yang mungkin anda nampak yang membuat anda mengesyaki penyakit kuku dan mulut ?

 

b)      Apakah langkah anda seterusnya untuk mendapatkan pengesahan penyakit berkenaan ?

 

c)      Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengawal penyakit kuku dan mulut dari merebak ke kampung-kampung lain.

 

 

Soalan 2

 

 

Apakah faktor-faktor yang beleh menyebabkan berlakunya penyakit pernafasan

( respiratory diseases ) di kalangan sekumpulan ayam pedaging berumur 4 minggu ?  Huraikan tindakan anda untuk mencegah dan mengawal penyakit ini.

 

 

Soalan 3

 

 

Penyakit distemper adalah penyakit yang sering dihadapi oleh anjing peliharaan.  Apakah tanda-tanda penyakit distemper dan apakah diagnosis pembezaan (differential diagnosis) utama anda apabila melihat tanda tanda berkenaan ?  Huraikan cara pencegahan dan rawatan penyakit ini.

 

 

Soalan 4

 

 

a)      Majlis Daerah di tempat anda bekerja meminta anda memilih tapak untuk mendirikan sebuah rumah sembelih baru.  Apakah criteria anda untuk membuat pilihan berkenaan ?

b)      Anda seterusnya dikehendaki menyelia pengurusan rumah sembelih berkenaan.  Senaraikan aspek-aspek utama yang perlu ditentukan di rumah sembelih bagi memastikan daging yang dikeluarkan bersih dan selamat ?

 

 

 

 

SEKSYEN B

 

 

( Jawab Tiga ( 3 ) Soalan Sahaja Dari Seksyen Ini )

 

 

 

Soalan 5

 

 

 

Seorang pengusaha berminat memulakan perusahaan menternak bibit-anak (cow- calf ) lembu pedaging secara integrasi di kawasan ladang kelapa sawit berumur 3 tahun.  Keluasan ladang 200 hektar.  Beliau bercadang memulakan serta mengekalkan jumlah bibit sebanyak 50 ekor baka Kedah Kelantan.

 

 

a)      Huraikan panduan anda kepada beliau bagi perkara-perkara berikut :

 

 

                                 i.            Penentuan kadar penempatan (stocking rate) ternakan

 

                               ii.            Pemakanan dan sistem ragutan

 

                              iii.            Pengurusan ternakan

 

 

 

b)      Senaraikan keperluan pelaburan untuk memulakan projek

 

 

 

c)      Apakah keperluan input bagi penyengaraan projek ini

 

 

 

 

 

 

Soalan 6

 

 

Anda diminta memberi nasihat dan panduan oleh seorang penternak yang akan mula menternak 10,000 ekor ayam pedaging dibawah skim menternak ayam secara kontrak.  Apakah nasihat anda kepada penternak ini mengenai :

 

 

a)      Pemilihan tapak untuk mendirikan bangsal serta tataletak bangsal berkenaan

 

 

b)      Persiapan-persiapan yang perlu disediakan disesebuah bangsal bagi penerimaan ketibaan anak ayam berumur sehari.

 

 

Soalan 7

 

 

a)      Sebuah ladang penternakan lembu tenusu hanya menggunakan permanian beradas untuk pembiakan.  Huraikan langkah yang akan anda ambil untuk mengenalpasti punca-punca masalah pembiakan dimana sepuluh (10) ekor dari dua puluh (20) ekor induk lembu tenusu di ladang berkenaan masih belum bunting, walau pun  telah dipermainan beradas empat (4) kali tiap-tiap seekor.

 

 

b)      Apakah tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pembiakan yang anda kenalpasti di (a) di atas ?

 

 

 

Soalan 8

 

 

 

a)      Terangkan objektif-objektif Dasar Pertanian Negara 1992 – 2010

 

 

b)      Apakah kriteria-kriteria utama pembangunan pertanian ?

 

 

c)      Huraikan maksud penglibatan swasta dalam sector pertanian khususnya dalam aktiviti penternakan.

 

 

 

 

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

 

PEPERIKSAAN KHAS PEMBANTU VETERINAR ( G8 / G7 )

UNTUK KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN KE

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G6

 

 

 

KERTAS TEORI

 

 

 

TARIKH                                  :           25 Oktober 1995

 

MASA                                     :           9.00 PAGI – 12.00 TGH         ( 3 JAM )

 

PUSAT PEPERIKSAAN        :           INTITIUT HAIWAN

                                                            KLUANG, JOHOR

 

 

 

ARAHAN

 

 

JAWAB ENAM (6) SOALAN SAHAJA SEPERTI BERIKUT :

 

 

TIGA (3) SOALAN DARI SEKSYEN A

 

TIGA (3) SOALAN DARI SEKSYEN B

 

 

 

 

SETIAP JAWAPAN HENDAKLAH DI TULIS DI ATAS

KERTAS BERASINGAN

 

 

 

 

 

( Kertas soalan ini mengandungi empat (4) mukasurat

bercetak termasuk mukasurat ini )

SEKSYEN A :   KESIHATAN TERNAKAN

( Jawab tiga (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

Soalan 1

 

 

a)      Huraikan tiga (3) ciri / sifat yang diasaskan apabila membuat gambaran kasar (gross) pada organ-organ yang tidak normal dalam pemeriksaan post-mortem.

 

b)      Apakah tindakan yang akan anda ambil apabila dipanggil untuk menyiasat dan menguruskan kematian mengejut (sudden death) di kalangan lembu kerbau.

 

 

Soalan 2

 

 

a)      Berikan nama bacteria penyebab penyakit anthrax dan huraikan tanda-tanda klinikal penyakit tersebut.

 

b)      Apakah tindakan yang akan diambil oleh anda jika penyakit anthrax disyaki atau dikesan.

 

 

Ssoalan 3

 

 

a)      Anda mendapat laporan melalui telefon dari seorang penjaga taman rekreasi rusa, “seekor rusa jantannya luka dan berdarah di bahagian leher setelah berlaga kerana sekarang musim kahwin (mating season)”.  Apakah tindakan rawatan yang harus dilakukan.

 

 

Soalan 4

 

 

a)      Pemeriksaan sesudah sembelih (post-mortem inspection) perlu dilakukan secara sistematik.  Huraikan bagaimanakah anda, sebagai seorang penyelia tugas di rumah sembelih ruminan, akan mempraktikkan prosidur pemeriksaan ini secara sempurna dengan tumpuan kepada :-

 

                                                               i.      Bahagian kepala

                                                             ii.      Karkas

                                                            iii.      Organ-organ dalaman

 

            Sila tumpukan jawapan anda kepada spesis lembu.

SEKSYEN B

( Jawab tia (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

Soalan 5

 

 

Bagi pengeluaran ternakan ruminan pedaging :

 

a)      Nyatakan secara ringkas sistem-sistem pengeluaran ternakan ruminan pedaging lembu dan bebiri yang diamalkan.

 

b)      Apakah sistem yang mempunyai masa depan yang paling cerah dalam konteks pembangunan industri ruminan pedaging di Malaysia.  Huraikan jawapan anda.

 

 

Soalan 6

( Sila  pilih soalan 6.1 atau soalan 6.2 )

 

 

6.1   (a)   Sebutkan nutrien-nutrien yang di perlukan oleh lembu tenusu untuk penyaraan

                (maintenance) dan pengeluaran (production).  Nyatakan fungsi cuaca panas

                (heat stress).

 

 

         (b)  Huraikan langkah-langkah bagi mengatasi masalah pemakanan ternakan di

                mana kualiti forajnya didapati rendah dan menghadapi tekanan cuaca panas

                (heat stress).

 

Atau

 

 

6.2      Dari keterangan seorang penternak ayam penelur, butir-butir berikut telah diperolehi:

 

 

§         Jumlah ayam penelur dipelihara                 2,000 ekor

§         Jangkamasa pengeluaran                           52 minggu

§         Jumlah kematian                                       20 %

§         Jumlah telur diperolehi                               510,000 biji

§         Jumlah makanan digunakan                       1,314 beg   (50 kg/beg)

§         Harga jualan sebiji telur                 13 sen

§         Harga makanan se beg                              RM 35.00

 

 

 

a)      Berapakah purata jumlah telur dari seekor ayam ?

 

b)      Berapakah kadar peratus pengeluaran telur kumpulan ayam tersebut ?

 

c)      Berapakah kos makanan untuk menghasilkan sebiji telur ?

 

d)      Berapakah penukaran makanan kumpulan ayam tersebut ?

 

e)      Apakah pandangan anda terhadap kejayaan penternak ini ?

 

 

 

 

 

Soalan 7

 

 

Pembiakbaikan dan Pembiakan

 

Sebuah ladang penternakan lembu tenusu yang memelihara lembu kacukan Sahiwal Friesian hanya menggunakan permanian beradas untuk pembiakan.  Ladang ini menghadapi masalah di mana sepuluh (10) dari dua puluh (20) ekor induk lembu tenusu berkenaan masih belum bunting walaupun telah dilakukan permanian beradas sebanyak empat (4) kali tiap-tiap seekor.

 

a)      Huraikan langkah yang akan anda ambil untuk mengenalpasti punca-punca masalah pembiakan.

 

b)      Apakah tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah pembiakan yang anda kenalpasti di (a) diatas.

 

 

 

 

Soalan 8

 

 

Pengembangan dan bidang pertanian

 

a)      Bincangkan bagaimanakah perkhidmatan veterinar dapat disampaikan secara proaktif dan berterusan sesuai dengan kehendak penternakan komersial.  Tumpukan jawapan anda kepada satu spesis ternakan atau satu sistem penternakan sahaja.

 

 

 

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

 

PEPERIKSAAN KHAS PEMBANTU VETERINAR ( G8 / G7 )

UNTUK KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN KE

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G6

 

TUJUAN : KENAIKAN PANGKAT

 

 

KERTAS TEORI

 

 

Tarikh                          :           13hb Ogos 1996

 

Masa                            :           9.00 pagi – 12.00 tengahari      ( 3 jam )

 

Pusat Peperiksaan        :           Institut Haiwan Kluang, Johor

 

 

 

ARAHAN

 

 

JAWAB ENAM (6) SOALAN SAHAJA SEPERTI BERIKUT :

 

 

a)      Tiga (3) soalan dari Seksyen A

 

b)      Tiga (3) soalan dari Seksyen B

 

 

 

 

SETIAP JAWAPAN HENDAKLAH DI TULIS DI ATAS

KERTAS BERASINGAN

 

 

 

 

 

( Kertas soalan ini mengandungi empat (4) mukasurat bercetak termasuk mukasurat ini )

 

SEKSYEN A

 

( Jawab tiga (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

Soalan 1

 

 

a)      Huraikan lima (5) perkara yang perlu diberi penekanan apabila menjalankan siasatan ke atas penyakit yang di sebabkan oleh agen berjangkit (seperti bacteria, virus dan rickettsia).

 

b)      Apakah yang anda faham mengenai keimunan (immunity) ?  Huraikan dengan ringkas jenis-jenis keimunan.

 

 

 

Soalan 2

 

 

a)      Apakah yang anda faham tentang berenga (maggot) yang sering mendatangkan masalah kepada penternak-penternak di negara ini ?

 

b)      Bagaimanakah ianya memberi kesan kepada haiwan dan ekonomi penternakan ?

 

c)      Huraikan cara-cara pengawalannya.

 

 

 

Soalan 3

 

 

a)      Apakah yang anda faham tentang Kesihatan Awam Veterinar ?

 

b)      Senaraikan peranan Kesihatan Awam Veterinar dalam meningkatkan kesihatan di kalangan orang awam.

 

 

 

Soalan 4

 

 

Integrasi ternakan lembu pedaging dengan tanaman kelapa sawit adalah menguntungkan.  Sila huraikan kenyataan tersebut.

 

 

SEKSYEN B

 

( Jawab tiga (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

Soalan 5

 

 

Ternakan memerlukan jumlah nutrien yang berlainan untuk berbagai peringkat tumbesaran.  Nyatakan mengapa keperluan ini berbeza dan senaraikan jenis nutrien yang diperlukan bagi kumpulan-kumpulan lembu berikut :

 

  1. Anak lembu menyusu
  2. Lembu tenusu (mengeluarkan susu)
  3. Lembu bunting berat
  4. Lembu kering

 

 

 

Soalan 6

 

 

a)      Apakah yang anda faham mengenai pemotongan balung (dubbing) ?  Berikan tiga (3) faedah pemotongan balung.

 

b)      Apakah yang anda faham mengenai kanibalisme (cannabalism) ?  Berikan tiga (3) faktor yang menyebabkannya berlaku.

 

c)      Berikan lima (5) cara untuk mengurangkan kepanasan di dalam reban terbuka (open-sided).

 

 

Soalan 7

 

 

a)      Berikan lima (5) faedah yang diperolehi melalui pembiakan secara “synchronization”.

 

b)      Apa yang anda faham tentang gen dominan dan gen resesif ?  Terangkan melalui gambarajah bagaimana sifat yang dikawal oleh gen resesif timbul di generasi F1.

 

 

 

 

 

 

Soalan 8

 

 

Analisa Margin Kasar boleh dijadikan petunjuk ekonomi yang mudah dan praktikal untuk anda membimbing penternak membuat keputusan.

Seorang penternak yang menternak 40 ekor bibit tenusu dengan purata pengeluaran susu 1,500 liter / bibit / tahun telah memberikan kepada anda maklumat-maklumat berikut.

 

 

 

                                                    Pencapaian Penternak                    Purata di Daerah berkenaan

                                            ______________________________                  (Tahun 1 & 2)

 

                                               Tahun 1                            Tahun 2                            

                                                 (RM)                                 (RM)                              (RM)

 

 

Hasil / Bibit                              1,600                              1,700                            1,800

 

Kos Berubah (Makanan)           700                                    750                             700

 

Kos Berubah (Pelbagai)             100                                    120                             110

 

 

a)      Berapakah jumlah margin kasar tahun 2 dan berapa peratuskah peningkatan atau penurunan berbanding tahun 1 ?

 

b)      Senaraikan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan hasil / bibit meningkat pada tanun 2.

 

c)      Berapakah purata kos makanan ternakan untuk mengasilkan seliter susu pada tahun 1 dan tahun 2 ?

 

d)      Sila hitung peratus kos makanan berbanding jumlah kos pada tahun 1 dan tahun 2 dan jelaskan perbezaannya (jika ada).

 

e)      Senaraikan tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk mencapai margin kasar seperti purata di daerah berkenaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

 

PEPERIKSAAN KHAS PEMBANTU VETERINAR ( G8 / G7 )

UNTUK KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN KE

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR G6

 

TUJUAN : KENAIKAN PANGKAT

 

 

KERTAS TEORI

 

 

Tarikh                          :           23hb Ogos 1997

 

Masa                            :           9.00 pagi – 12.00 tengahari  ( 3 jam )

 

Pusat Peperiksaan        :           Institut Haiwan Kluang, Johor

 

 

 

ARAHAN

 

 

JAWAB ENAM (6) SOALAN SAHAJA SEPERTI BERIKUT :

 

 

c)      Tiga (3) soalan dari Seksyen A

 

d)      Tiga (3) soalan dari Seksyen B

 

 

 

 

SETIAP JAWAPAN HENDAKLAH DI TULIS DI ATAS

KERTAS BERASINGAN

 

 

 

 

 

( Kertas soalan ini mengandungi empat (4) mukasurat bercetak termasuk mukasurat ini )

 

 

 

SEKSYEN A

( Jawab tiga (3) soalan dari Seksyen ini )

 

 

 

 

Soalan 1

 

 

Apabila memberi rawatan, tindakbalas (response) yang memuaskan akan hanya diperolehi sekiranya drug yang diberi boleh sampai pada sasaran dalam kepekatan (concentration) yang mencukupi.

 

 

Huraikan lima (5) faktor yang boleh mempengaruhi dos yang boleh diberikan terhadap sesuatu rawatan.

 

 

 

 

Soalan 2

 

 

Penyakit Infection Bursa (Penyakit Gumboro) adalah sejenis penyakit merbahaya yang boleh menjejaskan ekonomi penternak dengan serius.

 

 

Bincangkan penyakit ini dari aspek-aspek berikut :-

 

 

 

a)      Agen penyebab

 

b)      Cara perebakan / jangkitan (infection)

 

c)      Tanda-tanda klinikal

 

d)      Rawatan

 

e)      Tanda-tanda post-mortem

 

f)        Pencegahan

 

g)      Kesan penyakit terhadap ternakan

 

 

Soalan 3

 

 

Seekor anjing yang berpenyakit cirit-cirit (diarrhoea) telah dibawa bertemu anda untuk mendapatkan rawatan.  Berhubung dengan permasalahan ini :-

 

a)      Berikan differential diagnosis atau conditions yang menyebabkan cirit-cirit.

 

b)      Senaraikan bentuk pertanyaan sejarah klinikal yang boleh membantu bagi mendapatkan differential diagnosis.

 

 

 

Soalan 4

 

 

Pengurusan rumah sembelih perlu memainkan peranan dalam kawalan pencemaran alam sekitar dengan menjalankan program pembersihan dan sanitasi.

 

a)      Apakah objektif program pembersihan dan sanitasi ?

 

b)      Senaraikan bahan-bahan kimia yang boleh digunakan sebagai bahan sanitasi dan nyatakan ciri-ciri utama setiap bahan kimia tersebut.

 

c)      Apakah punca bahan buangan yang terdapat di rumah sembelih ?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEKSYEN B

( Jawab tiga (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

 

Soalan 5

 

 

Makanan dan pemakanan, kesihatan ternakan, pembiakan dan pembakaan, penggunaan teknologi moden (seperti pagar elektrik), pengurusan modal dan penggunaan masa yang cekap adalah merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan serta kemajuan projek integrasi ternakan lembu dengan tanaman kelapa sawit.

 

 

a)      Bincangkan dengan ringkas bagaimana setiap aspek tersebut boleh mempengaruhi untung rugi bidangusaha integrasi penternakan lembu dengan tanaman kelapa sawit.

 

b)      Senaraikan sifat-sifat yang dimiliki oleh pengusaha projek integrasi yang berjaya.

 

 

 

Soalan 6

 

 

Ragutan berkalendar (calender grazing) boleh memberikan banyak kebaikan kepada penternak dan ternakannya.

 

 

 

a)      Jelaskan apakah ragutan berkalendar.

 

b)      Bagaimana ragutan berkalendar ini dipraktikkan dalam pusingan 18 hari dan 2 hari ragutan dalam pedok ?

 

c)      Berapa pedokkah yang perlu ada untuk pusingan tepat 18 hari bagi setiap sesuatu kumpulan ternakan.

 

d)      Bincangkan kebaikan dan keburukan sistem ragutan berkalendr ini.

 

 

 

 

 

 

 

Soalan 7

 

 

Sila terangkan ketiga-tiga istilah berikut :-

 

  1. Super ovulasi ( super ovulation )

 

  1. Pemindahan janin ( embryo transfer )

 

  1. Pengklonan ( cloning )

 

 

 

Soalan 8

 

 

Penyampaian perkhidmatan veterinar di lapangan adalah merupakan salah satu usaha yang dijalankan untuk membantu meningkatkan daya pengeluaran (produktiviti) ladang ternakan.

 

 

a)      Dengan mengambil contoh satu bidangusaha penternakan senaraikan indikator-indikator output dan input ladang tersebut.

 

b)      Bagaimanakah anda mengukur produktiviti ladang tersebut ?

 

c)      Bincangkan 3 kaedah bagaimana produktiviti dapat ditingkatkan.  ( Jawapan anda hendaklah dikaitkan dengan soalan (b) di atas ).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

 

PEPERIKSAAN KHAS

 PEMBANTU VETERINAR G7 & G8 1998

 

TUJUAN PEPERIKSAAN : UNTUK KELAYAKAN KENAIKAN

                                                 PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL)

 

 

 

KERTAS TEORI

 

 

 

Tarikh                          :           25 Ogos 1998

 

Masa                            :           9.00 pagi – 12.00 tengahari  ( 3 jam )

 

Pusat Peperiksaan        :           Institut Haiwan

                                                Km. 13, Jalan Batu Pahat

                                                Kluang, Johor

 

 

 

ARAHAN

 

 

JAWAB ENAM (6) SOALAN SAHAJA SEPERTI BERIKUT :

 

 

TIGA (3) SOALAN DARI SEKSYEN A

 

TIGA (3) SOALAN DARI SEKSYEN B

 

 

 

SETIAP JAWAPAN HENDAKLAH DI TULIS

DI ATAAS KERTAS BERASINGAN

 

 

( Kertas soalan ini mengandungi empat (4) mukasurat bercetak termasuk mukasurat ini )

 

SEKSYEN A

( Jawab tiga (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

 

Soalan 1

 

 

Jangkitan parasit merupakan suatu masalah yang boleh menjejaskan kecekapan pengeluaran ternakan.

 

 

a)      Tuliskan nota ringkas apa yang anda faham mengenai parasitisma.

 

b)      Nyatakan lima (5) cara bagaimana parasit boleh menyebabkan kerosakan kepada hos.

 

c)      Bincangkan dengan ringkas empat (4) langkah bagi mencegah jangkitan parasit dalam sesuatu kumpulan ternakan.

 

 

 

Soalan 2

 

 

Brucellosis adalah sejenis penyakit yang menyerang pelbagai ternakan.  Penyakit ini adalah zoonotik dan menyebabkan kerugian ekonomi.  Dengan mengambil kira ternakan lembu sebagai contoh, terangkan dengan ringkas mengenai penyakit ini dari aspek berikut.

 

 

a)      Organisma penyebab

 

b)      Cara-cara perebakan / jangkitan

 

c)      Spesimen-spesimen untuk ujian makmal

 

d)      Patogenesis

 

e)      Diagnosis

 

f)        Kawalan dan pembasmian

 

g)      Faktor-faktor yang menyebabkan kerugian ekonomi

 

 

Soalan 3

 

 

Sebuah akhbar harian tempatan telah melapurkan beberapa orang kanak-kanak telah digigit oleh seekor anjing di Negeri Perlis.  Anda telah dihantar untuk menjalankan siasatan kejadian (kes) tersebut.  Berdasarkan makluman yang diberi

 

 

a)      Apakah kemungkinan penyakit yang menyebabkan perubahan perangai anjing ini?

 

b)      Bincangkan dengan ringkas langkah-langkah siasatan yang perlu dilakukan sehingga penyakit ini boleh didiagnosakan.

 

c)      Bincangkan dengan ringkas cara kawalan dan pembasmian penyakit yang disyaki.

 

 

 

 

 

 

 

 

SEKSYEN B

( Jawab tiga (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

 

Soalan 5

 

 

a)      Bincangkan dengan ringkas kebaikan pastura campuran dengan kekacang

 

b)      Bincangkan dengan ringkas masalah yang sering dihadapi dalam pengurusan pastura campuran dengan kekacang

 

c)      Bincangkan dengan ringkas ciri-ciri yang terdapat pada rumput pastura yang membolehkannya diragut lebih awal.

 

d)      Namakan dua (2) jenis rumput pastura yang sesuai diragut pada umur 17 hingga 21 hari

 

 

 

 

 

Soalan 6

 

 

Jabatan telah berjaya melahirkan baka tenusu “MAFRIWAL”.  Dalam usaha menghasilkan baka ini, dua kaedah pembiakbaikan (breeding method) telah digunakan

 

 

a)      Namakan dua kaedah pambiakbaikan tersebut

 

b)      Bincangkan dengan ringkas cir i-ciri kaedah pembiakbaikan tersebut

 

c)      Berikan dua (2) contoh bagi setiap satu kaedah tersebut

 

 

 

Soalan 7

 

 

Bincangkan hubungkait antara misi, objektif, strategi, program, aktiviti dan tugas anda kearah pencapaian visi Jabatan.  Sila berikan contoh-contoh yang jelas dalam jawapan anda.

 

 

 

Soalan 8

 

 

Bincangkan tiga (3) kriteria yang digunakan bagi pemilihan ternakan kambing yang berkualiti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

 

PEPERIKSAAN KHAS PEMBANTU VETERINAR ( G8 / G7 )

UNTUK KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR (G6) 1 / 99

 

TUJUAN PEPERIKSAAN : KENAIKAN PANGKAT SECARA

                         LANTIKAN (KPSL)

 

 

KERTAS TEORI

 

 

Tarikh             :           25 Oktober 1999

 

Masa                          :           9.00 PAGI – 12.00 TGH        ( 3 JAM )

 

Pusat                           :           Institut Haiwan Kluang, Johor

 

 

 

ARAHAN

 

 

JAWAB ENAM (6) SOALAN SAHAJA SEPERTI BERIKUT :

 

 

e)      Tiga (3) soalan dari Seksyen A

 

f)       Tiga (3) soalan dari Seksyen B

 

 

 

 

SETIAP JAWAPAN HENDAKLAH DI TULIS DI ATAS

KERTAS BERASINGAN

 

 

 

 

 

( Kertas soalan ini mengandungi lima (5) mukasurat bercetak termasuk mukasurat ini )

 

SEKSYEN A

( Jawab tiga (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

 

 

Soalan 1

 

 

Menjalankan post-mortem di lapangan merupakan salah satu tindakan yang perlu dalam proses menyiasat penyakit.  Prosidur yang betul perlu diikuti sebelum dan semasa menjalankan autopsy.

 

 

a)      Senaraikan sepuluh (10) peralatan yang perlu disediakan sebelum membuat post-mortem.

 

b)      Bincangkan dengan ringkas perkara-perkara yang perlu diberi perhatian apabila menjalankan pemeriksaan luar (external examination) ke atas karkas sebelum satu-satu post-mortem dijalankan

 

c)      Bincangkan dengan ringkas prosidur post-mortem dan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan / perhatikan

 

 

 

 

Soalan 2

 

 

Penyakit-penyakit merbahaya seperti Newcastle, pullorum dan coccidia boleh menjejaskan industri penternak ayam di sesebuah negara.

 

 

a)      Pilih dua (2) dari penyakit-penyakit tersebut di atas, sila jelaskan dengan ringkas:-

 

                                 i.            difinasi

                               ii.            etiologi

                              iii.            tanda-tanda klinikal

                             iv.            lesi bedah siasat (post-mortem)

 

 

b)      Bincangkan secara ringkas kawalan ke atas salah satu daripada penyakit tersebut

 

 

 

Soalan 3

 

 

a)      Berikut adalah lima (5) penyakit bakteria yang boleh menyerang ternakan rusa, nyatakan etiologi bagi setiap penyakit tersebut :-

 

 

                                 i.            enterotoxaemia

                               ii.            colibacillosis

                              iii.            tuberculosis

                             iv.            Johne’s

                               v.            Salmonellosis

 

 

 

b)      Senaraikan tanda-tanda klinikal bagi penyakit (i) dan (ii) di atas

 

 

c)      Bincangkan dengan ringkas langkah-langkah kawalan dan pencegahan bagi penyakit (i) dan (ii) di atas.

 

 

 

 

Soalan 4

 

 

Ternakan sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis kontaminan (pencemaran) di ladang.  Kawalan keselamatan makanan bermula di peringkat ladang di mana anda perlu memainkan peranan sebagai kakitangan Jabatan

 

 

a)      Senaraikan lima (5) jenis kontaminan yang terdapat di ladang ternakan

 

 

b)      Nyatakan punca-punca kontaminan ini

 

 

c)      Bincangkan dengan ringkas empat (4) langkah yang perlu anda ambil dalam Program Kawalan Keselamatan Makanan di ladang tersebut.

 

 

 

 

 

 

SEKSYEN B

( Jawab tiga (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

 

Soalan 5

 

 

Seorang penternak meminta nasihat anda bagi membangunkan kawasan seluas 40 hektar untuk memelihara lembu tenusu.  Keadaan kawasan tersebut rata dan mempunyai saliran yang baik.

 

 

a)      Bincangkan dengan ringkas bagaimana anda membangunkan kawasan tersebut sehingga ianya boleh di gunakan.

 

b)      Berikan tiga (3) jenis rumput yang sesuai ditanam di kawasan tersebut.

 

 

 

Soalan 6

 

 

a)      Senaraikan dua (2) cara pemandulan bagi lembu jantan untuk tujuan pengesanan berahi

 

b)      Penternak perlu mengesan standing heat sebelum melaksanakan permanian beradas.  Bincangkan dengan ringkas kenyataan ini.

 

c)      Bincangkan dengan ringkas empat (4) faktor yang boleh menjejaskan kesuburan ternakan betina yang dipelihara secara integrasi di ladang sawit.

 

 

 

 

Soalan 7

 

 

a)      Senaraikan tiga (3) baka ayam daging komersil dan tiga (3) baka ayam penelur komersil yang dipelihara di negara ini.

 

b)      Bincangkan secara ringkas perbezaan antara pengurusan makanan ayam daging dan ayam penelur komersil.

 

 

 

Soalan 8

 

 

Anda telah ditugaskan untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi sebuah ladang tenusu.  Maklumat prestasi ladang tersebut ialah seperti berikut :-

 

 

PARAMETER

UNIT

1997

1998

1999

Purata bilangan bibit

Ekor / ladang

50

50

 

Pengeluaran susu ladang

Liter / tahun

85,000

95,000

 

Pengeluaran susu / bibit

Liter / bibit

1,700

1,900

 

Kadar kelahiran

%

73

76

 

Kadar kematian anak

%

7.5

6.5

 

Hasil susu

RM / bibit / tahun

2000

2200

 

Kos berubah 1

RM / bibit / tahun

1,100

1,090

 

Kos berubah 2

RM / bibit / tahun

230

215

 

 

 

 

a)      Sekiranya bilangan bibit di kekalkan (50 ekor), kadar kelahiran 77 % purata pengeluaran susu / ekor / hari dan tempoh pengeluaran susu 270 hari, berapakah pengeluaran susu ladang dan pengeluaran susu / bibit yang boleh dihasilkan pada tahun 1999 ?

 

b)      Jika harga jualan susu adalah RM 1.00 seliter, berapakah jumlah hasil susu / bibit?

 

c)      Jika kos berubah 1 adalah RM 0.60 seliter susu, berapakah kos berubah 1 untuk seekor bibit / tahun ?

 

d)      Berapakah margin kasar untuk tahun 1997 dan 1998 ?

 

e)      Lengkapkan jadual di atas untuk tahun 1999 ?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

 

PEPERIKSAAN KHAS PEMBANTU VETERINAR ( G8 / G7 )

UNTUK KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR (G6) 1 / 99

 

Tujuan Peperiksaan :

 

 KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL)

 

 

KERTAS TEORI

 

Tarikh             :           30 September 2000  ( Sabtu )

 

Masa                          :           9.00 pagi – 12.00 tengahari   ( 3 jam )

 

Pusat                           :           Institut Haiwan Kluang

 

 

 

ARAHAN

 

 

JAWAB ENAM (6) SOALAN SAHAJA SEPERTI BERIKUT :

 

 

g)      Tiga (3) soalan dari Seksyen A

 

h)      Tiga (3) soalan dari Seksyen B

 

 

 

 

SETIAP JAWAPAN HENDAKLAH DI TULIS DI ATAS KERTAS

BERASINGAN

 

 

 

 

 

( Kertas soalan ini mengandungi lima (5) mukasurat bercetak termasuk mukasurat ini )

 

SEKSYEN A

( Jawab tiga (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

 

Soalan 1

 

 

Berikan definisi keradangan (inflammation).  Senaraikan lima (5) tanda-tanda penting keradangan akut pada haiwan.  Bincangkan cara untuk merawat radang akut (acute inflammation) di bahagian sendi (joint).

 

 

 

Soalan 2

 

 

2.1    Apakah nama bakteria yang menyebabkan penyakit hawar berdarah pada kerbau dan lembu ?  Di manakah bacteria ini berada semasa tiada penyakit ?  Apa istilah yang di gunakan ke atas haiwan yang ada bakteria tersebut tetapi tiada menunjukkan tanda sakit.  Apakah yang menyebabkan haiwan sebegini menjadi aktif dan mengeluarkan bakteria tersebut ?  Berikan contoh.

 

2.2    Huraikan tanda-tanda klinikal penyakit hawa berdarah.  Bagaimanakah haiwan yang telah sakit merebakkan bakteria kepada haiwan lain.  Bagaimanakah hawa berdarah merebak dari kawasan berpenyakit ke kawasan bebas penyakit.

 

2.3    Apa perlu anda lakukan jika terjumpa kes yang disyaki hawar berdarah.  Dapatkan latar belakang kejadian daripada penternak seperti, bila mula berlaku, jenis haiwan dan bilangan terlibat.

 

2.4    Apakah faktor-faktor yang boleh membantu diagnosis.  Semasa melakukan post-mortem didapati bangkai telah uraidiri.  Apakah sampel yang sesuai untuk dihantar ke makmal ?  Berikan diferential diagnosis.

 

2.5    Apakah faktor-faktor persekitaran, haiwan dan agen penyebab yang menyebabkan berlaku wabak penyakit hawar berdarah.

 

2.6    “Rawatan dan pelalian pada ternakan yang sakit dan “incontact” dapat mengurangkan kematian”.  Berikan sebeb-sebebnya.

 

2.7    Apakah aktiviti pencegahan jangka panjang yang perlu dijalankan ?  Huraikan bagaimana anda berusaha untuk mendapat kerjasama penternak agar membawa atau menyediakan lembu untuk disuntik semasa anda melakukan kempen program suntikan hawar berdarah.

 

Soalan 3

 

 

Seekor anjing dewasa dibawa ke klinik dalam keadaan murung.  Setelah membuat pemeriksaan klinikal, anda mengesyaki anjing tersebut dijangkiti penyakit Canine Distemper.

 

 

3.1    Berikan tanda-tanda klinikal bagi penyakit Canine Distemper

 

3.2    Apakah rawatan yang perlu dijalankan kepada seekor anjing yang dijangkiti penyakit tersebut.

 

3.3    Apakah nasihat anda kepada tuan punya anjing tersebut bagi mengelakkan jangkitan Canine Distemper di masa hadapan.

 

 

 

Soalan 4

 

 

E. Coli 0157:H7 dan Salmonella enteritidis adalah dua spesis bakteria yang tergolong dalam senarai penyakit-penyakit zoonotik.  Huraikan dengan ringkas tiap-tiap satu bakteria ini atas tajuk seperti berikut :-

 

4.1    Namakan satu hos kepada bakteria ini.

 

4.2    Cara ianya merebak kepada manusia.

 

4.3    Tanda-tanda klinikal kepada manusia.

 

4.4    Langkah kawalan dan pembasmian di peringkat ladang.

 

4.5    Kesan ekonomi kepada negara

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

 

PEPERIKSAAN KHAS PEMBANTU VETERINAR ( G8 / G7 )

UNTUK KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR (G6)

TAHUN 2001

 

Tujuan Peperiksaan :

 

 KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL)

 

 

 

KERTAS TEORI

 

 

Tarikh             :           10 Oktober 2001  ( Rabu )

 

Masa                          :           9.00 pagi – 12.00 tengahari   ( 3 jam )

 

Pusat                           :           Institut Haiwan Kluang

 

 

 

ARAHAN

 

 

JAWAB ENAM (6) SOALAN SAHAJA SEPERTI BERIKUT :

 

 

a)      Tiga (3) soalan dari Seksyen A

 

b)      Tiga (3) soalan dari Seksyen B

 

 

 

 

SETIAP JAWAPAN HENDAKLAH DI TULIS DI ATAS KERTAS BERASINGAN

 

 

 

 

( Kertas soalan ini mengandungi lima (5) mukasurat bercetak termasuk mukasurat ini )

SEKSYEN A

( Jawab tiga (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

Soalan 1

 

 

Seorang penternak khinzir kecil-kecilan (backyard) datang ke pejabat anda membuat laporan mengenai kematian ternakannya.  Anda melawat ke ladangnya dan mendapati bahawa banyak ternakannya mati dan ada beberapa ekor ternakan yang mati menunjukkan warna kemerahan pada telinga dan kulit.  Ada juga ternakan sakit yang mengalami cirit-birit.  Setelah disiasat anda dapati penternak tersebut tidak pernah menjalankan pemvaksinan kepada ternakannya.

 

1.1    Nyatakan dua kemungkinan penyakit yang menyerang khinzir tersebut.

 

1.2  Pilih salah satu daripada dua penyakit tersebut, berikan :

 

                                 i.            Agen penyabab penyakit;

 

                               ii.            Tanda-tanda klinikal penyakit,

 

                              iii.            Senarakan contoh-contoh organ dan cara menghantarnya ke Makmal Veterinar Kawasan

 

 

Soalan 2

 

 

2.1    Apakah virus yang menyebabkan Penyakit Kuku dan Mulut (PKM) ?  Namakan

       serotip virus PKM.  Apakah serotip yang pernah menjangkiti ternakan di Malaysia ?

       Apakah unsur-unsur yang boleh membunuh virus PKM ?  Mengapakah

       pangasingan virus PKM dan mengenalpasti serotipnya amat penting dilakukan ?

 

2.2    Nyatakan tanda-tanda klinikal Penyakit Kuku dan Mulut.  Namakan haiwan-haiwan

       yang boleh dijangkiti oleh virus PKM.

 

2.3    Bagaimanakah PKM boleh merebak dari kawasan berpenyakit kepada kawasan

       bebas penyakit ?  Dalam kawasan yang telah berlaku PKM bagaimanakah panyakit

       ini merebak dari satu ternakan kepada ternakan yang lain.

 

2.4    Senaraikan langkah-langkah kawalan yang perlu dilakukan untuk menghalang PKM

       daripada merebak

 

2.5    Memandangankan PKM tidak menyebabkan kematian yang tinggi, bagaimanakah

       anda meyakinkan penternak bahawa PKM perlu dicegah dan di kawalan dengan

       cepat jika ianya berlaku. 

 

 

Soalan 3

 

 

Pengawalan keselamatan makanan khususnya makanan berunsur dari haiwan bermula dari peringkat ladang.  Sebagai pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan di peringkat negeri, anda memainkan peranan dalam membimbing perternak bagi meningkatkan kesedaran dalam kepentingan kesihatan awam veterinary.

 

3.1    Apakah dimaksudkan dengan residu dalam makanan

 

3.2  Nyatakan 2 punca residu dalam daging

 

3.2    Huraikan dengan ringkas 3 langkah kawalan bagi setiap punca residu ini pada

Ternakan

 

 

Soalan 4

 

 

Penyakit Brucellosis adalah satu penyakit zoonotik yang penting dalam industri penternakan.  Ianya menyebabkan kehilangkan ekonomik (economic loss) yang besar kepada penternak dan negara.

 

4.1    Huraikan, bagaimana faktor-faktor akibat dari jangkitan penyakit Brucellosis boleh

       menyebabkan kehilangan ekonomik (economic loss) yang besar kepada penternak

       dan negara.

 

4.2  Nyatakan jenis-jenis spesimen yang dihantar ke makmal bagi kes-kes berikut :

 

                     i.            Dari kumpulan gerompok ternakan yang normal

                   ii.            Keguguran / “stillbirth”

                  iii.            Kelahiran normal dalam gerompok ternakan yang dijangkiti Brucellosis dan “retained placenta”.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SEKSYEN B

( Jawab tiga (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

Soalan 5

 

 

5.1    Huraikan pengurusan yang perlu dilakukan ke atas rumput pasturan bagi menghasilkan makanan hijauan yang mencukupi dan bermutu bagi ternakan

 

5.2    Nyatakan faedah-faedah yang boleh didapti apabila rumput pastura diragut pada umur yang awal, iaitu dengan jarak ragutan 17 – 21 hari.

 

5.3    Senaraikan, dengan menggunakan nama botanikal dan nama biasa, lima (5) jenis rumput pastura yang sesuai diragut pada umor 17 – 21 hari.

 

 

 

Soalan 6

 

 

6.1  Terangkan makna :

 

                                             i.            Sebakaan ( “inbreeding” )

                                           ii.            Pemilihan genetic

 

 

6.2   Seorang penternak mempunyai suatu kumpulan pembiak bebiri iaitu 2 ekor pejantan dan 30 ekor betina.  Terangkan bagaimana penternak ini boleh meminimumkan penurunan sebaka ( “inbreeding depression” )

 

6.3  Seorang penternak lembu tenusu mempunyai 100 ekor betina yang menyusus.  Terangkan bagaimana kualiti genetik kumpulan lembu ini dapat ditingkatkan.

 

 

Soalan 7

 

 

Konsep MOA Incorporated merupakan pendekatan baru secara bersepadu dalam melaksanakan projek-projek pertanian termasuk ternakan.  Anda dikehendaki merancang pembangunan projek baru di kawasan seluas 200 hektar dengan aktiviti ternakan sebagai komponen utama menggunakan konsep tersebut.

 

8.1    Senaraikan nama jabatan / agensi yang anda libatkan

 

8.2  Huraikan 5 faedah utama projek yang dilaksanakan secara MOA Incorporated

 

 

8.3  Sediakan dengan huraian ringkas, rangka utama dokumen perancangan projek 

        ( Business plan ) yang perlu anda sediakan.

 

8.4   Senaraikan 5 (lima) kemahiran utama yang perlu bagi membolehkan seorang

       Penolong Pegawai Veterinar Daerah untuk merancang dan melaksanakan projek

       tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

 

PEPERIKSAAN KHAS PEMBANTU VETERINAR ( G8 / G7 )

UNTUK KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR (G6)

TAHUN 2002

 

Tujuan Peperiksaan :

 

 KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL)

 

 

KERTAS TEORI

 

Tarikh             :           16 September 2002  ( Isnin )

 

Masa                          :           9.00 pagi – 12.00 tengahari   ( 3 jam )

 

Pusat                           :           Institut Haiwan Kluang

 

 

 

ARAHAN

 

 

JAWAB ENAM (6) SOALAN SAHAJA SEPERTI BERIKUT :

 

 

a)      Tiga (3) soalan dari Seksyen A

 

b)      Tiga (3) soalan dari Seksyen B

 

 

 

 

SETIAP JAWAPAN HENDAKLAH DI TULIS DI ATAS KERTAS BERASINGAN

 

 

 

 

 

( Kertas soalan ini mengandungi lima (5) mukasurat bercetak termasuk mukasurat ini )

 

 

SEKSYEN A

( Jawab tiga (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

Soalan 1

 

 

Senaraikan tiga (3) jenis penyakit berjangkit ayam yang boleh menyebabkan kematian yang tinggi yang biasa berlaku di Malaysia.

 

Pilih satu dari penyakit tersebut dan berikan :

 

                     i.            Agen penyebab penyakit

                   ii.            Tanda-tanda klinikal

                  iii.            Penemuan post-mortem dan organ yang perlu dihantar ke makmal

                 iv.            Cara-cara penyakit merebak

                   v.            Langkah kawalan yang perlu diambil sekiranya berlaku wabak penyakit di tempat anda

 

 

Soalan 2

 

 

2.1    Senaraikan serotip-serotip virus Penyakit Kuku dan Mulut (PKM).  Apakah serotip yang pernah menjangkit ternakan di Malaysia ?  Apakah unsur-unsur yang boleh membunuh virus PKM ?  Mengapakah pengasingan virus PKM dan mengenalpasti serotipnya amat penting dilakukan ?

 

2.2    Berapa harikah tempoh inkubasi PKM ( incubation period ) ?  Mengapa amat penting bagi haiwan yang mungkin masih dalam tempoh inkubasi PKM diasingkan atau dikuarantin ?

 

2.3    Huraikan dengan ringkas apakah yang perlu anda lakukan bila menemui kes yang disyaki PKM

 

2.4    Apakah diagnosis differential PKM ?  Nyatakan faktor-faktor yang boleh membantu diagnosis ?  Namakan sampel-sampel yang perlu diambil untuk diagnosa penyakit dan transport media yang digunakan.  Di manakah sampel ini perlu dihantar ?

 

2.5    Apakah tindakan susulan yang perlu dilakukan ke atas kawasan wabak.  Terangkan langkah-langkah pencegahan jangkapanjang yang perlu dilakukan ? 

 

 

Soalan 3                            

 

 

Seekor anak anjing berumur 5 minggu mengalami cirit birit dan di bawa ke klinik untuk menjalankan rawatan.  Daripada fakta sejarah yang diberikan oleh tuanpunya, anak anjing tersebut telah mengalami cirit birit selama 2 hari.  Tiga ekor anak anjing lagi daripada kumpulan yang sama telah mati.  Ibu anjing tersebut telah disuntik dengan vaksin Parvovirus enam bulan yang lalu.

 

3.1    Berikan lima penyabab yang boleh menyebabkan cirit birit pada anak anjing

 

3.2    Apakah rawatan yang perlu diberikan kepada anak anjing tersebut bagi menstabilkannya

 

3.3    Apakah nasihat anda kepada tuanpunya anjing tersebut bagi tujuan pencegahan pada masa akan datang

 

 

Soalan 4

 

 

Senaraikan dan huraikan setiap persatu, lima (5) langkah-langkah kawalan penyakit zoonotik dalam ternakan.  Sila nyatakan dalam huraian anda, contoh pathogen, jenis ternakan, kebaikan (advantages), ketidakbaikan (disadvantages) dan lain-lain fakta yang sesuai.

 

 

 

 

 

 

SEKSYEN B

( Jawab tiga (3) soalan sahaja dari seksyen ini )

 

 

 

Soalan 5

 

 

Senaraikan aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan untuk mengendalikan pemeliharaan anak jantan atau anak betina bebiri dari peringkat cerai susu hingga matang.

(Pilah satu sahaja)

 

 

 

 

Soalan 6

 

 

6.1    Beri definisi nutrien, serta

 

6.2    Senaraikan tujuh (7) jenis nutrien yang terdapat dalam makanan haiwan

 

 

Soalan 7

 

 

7.1    Apakah yang dimaksudkan dengan kadar penstokan

 

7.2    Apakah factor-faktor yang diambilkira di dalam menentukan kadar penstokan ?

 

7.3    Huraikan kesan kepada pastura jika :

 

                                 i.            Kadar penstokan terlalu tinggi

                               ii.            Kadar penstokan terlalu rendah

 

7.4    Kadar penstokan perlu diubahsuaikan di kawasan yang mengalami keadaan cuaca yang berubah-berubah.  Apakah yang anda faham dengan kenyataan tersebut.

 

 

 

Soalan 8

 

 

8.1    Dalam usaha kerajaan mempertingkatkan pengeluaran daging ayam untuk kegunaan

       domestik, antara pendekatan yang diambil adalah transformasi dan perladangan

       kontrak.  Sila beri penerangan ringkas kepada kedua-dua pendekatan ini.

 

8.2    Apakah Fidlot ( feedlot ), dan huraikan dengan ringkas

 

8.3    Berikan 5 faktor penting yang menentukan keuntungan sesebuah projek fidlot dan huraikan setiap factor yang diberikan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

 

 

PEPERIKSAAN KHAS PEMBANTU VETERINAR ( G8 / G7 )

UNTUK KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI VETERINAR (G6)

TAHUN 2002

 

Tujuan Peperiksaan :

 

 KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL)

 

 

KERTAS TEORI

 

Tarikh             :           16 September 2003  ( Isnin )

 

Masa                          :           9.00 pagi – 12.00 tengahari   ( 3 jam )

 

Pusat                           :           Institut Haiwan Kluang

 

 

 

ARAHAN

 

 

JAWAB ENAM (6) SOALAN SAHAJA SEPERTI BERIKUT :

 

 

c)      Tiga (3) soalan dari Seksyen A

 

d)      Tiga (3) soalan dari Seksyen B

 

 

 

 

SETIAP JAWAPAN HENDAKLAH DI TULIS DI ATAS KERTAS BERASINGAN

 

 

 

 

 

( Kertas soalan ini mengandungi lima (5) mukasurat bercetak termasuk mukasurat ini )